Assalamualaikum..w.b.t.
Setelah lama menyepi, hari ini ku ingin berkongsi tentang sketsa hidup. Hidup ini adakalanya suka dan adakalanya duka. Kita hanya sebagai pelakon di pentas dunia yg memainkan watak masing-masing.
Sebagai manusia, jangan terlalu megah dengan apa yang kita ada. Senang hari ini tak menjamin kesenangan di masa depan. Ujian boleh datang pada bila-bila masa tanpa mengira waktu.
Pandangan mata sinis dan suara-suara sumbang terhadap diriku membuatkanku jauh lebih kuat lagi untuk menempuh hidup. Kadang kala mulut bersuara, bukan bermakna hati menolak. Cuma ingin meluah beban rasa yang tertanggung dek hati.
Bagiku, aku jauh lebih beruntung kerana disetiap ujian aku menemui kekuatan. Disitu aku tahu, Allah sentiasa ingin aku dekat dengan-NYA.
Sujud syukurku pada Yang Esa diatas setiap nikmat dan kurnia yang diberikan padaku. Jatuh bangunku, susah senangku. Semua itu hanya sementara.
Yang pastinya, disebalik hujan yang membawa kesedihan tersembunyi pelangi yang sangat indah memberi senyuman.