Pages

Friday, 21 February 2014

Meniti Perjalanan : EP 1




Saat Izyan sedang sedih ketika itu, hadir seorang insan bernama Sufian. Perkenalan antara Izyan dan Sufian memang tidak diduga. Pertemuan yang tidak sengaja asalnya, telah menjadikan mereka kawan. Pada mulanya, Izyan agak berat untuk menerima salam perkenalan tersebut. Izyan sudah serik untuk berkawan kerana sering disakiti dan dikhianati. Namun, atas nasihat dari Suhada, kawan yang agak rapat dengan Izyan, Izyan menerima untuk berkawan. Walaupun Izyan menerima Sufian sebagai kawan, namun, terdetik di dalam hati Izyan ketika itu, biarlah perkenalan mereka hanya mula dan tamat disitu sahaja.






Namun, hari ke hari Sufian terus menghubungi Izyan. Daripada alam maya ke alam nyata. Perkenalan mereka semakin erat, semakin rapat. Bagai belangkas, kemana sahaja mereka berdua. Izyan pada mulanya tidak terfikir yang hubungan mereka akan menjadi rapat. Keserasian antara mereka membuatkan Izyan mula rasa sesuatu dengan hubungan itu. Namun, Izyan hanya pendamkan saja kerana Sufian sudah pun dimiliki. Meskipun Sufian tidak pernah memberitahu tentang hubungan istimewanya itu, Izyan sedikit sebanyak mampu membaca segalanya. Lalu, Izyan buang jauh-jauh rasa yang Izyan sendiri tidak pasti.


Izyan memang tidak pernah percaya pada cinta. Apatah lagi dari mulut manis seorang lelaki ajnabi. Pada pandangan Izyan, lelaki yang bermulut manis hanya sekadar untuk berseronok sahaja. Mereka sebenarnya tidak serius dengan apa yang diluahkan. Menurut Izyan, sekiranya benar apa yang diluahkan itu, ianya perlulah dengan tindakan. Bukan sekadar hanya di mulut sahaja.



Tak disangka-sangka, pada suatu malam, Sufian meluahkan rasa hatinya pada Izyan. Izyan terpaku. Apakah benar atau sekadar menduga atau mungkinkah tersalah bicara?? Simpati?? Mungkin juga Sufian hanya bersimpati. Izyan berteka-teki di dalam hati. Izyan sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran kata-kata Sufian itu.



Hari berlalu bulan berganti. Izyan sangkakan persahabatan yang dihulur untuk sementara, kini masih terjalin. Mereka semakin akrab. Semakin hari semakin rapat. Namun, tiba suatu hari, terdetik di hati Izyan akan suatu perkara. Hati. Ianya soal hati. Hati Izyan mula rasa gelisah apabila suatu hari Sufian pergi ke suatu tempat. Tiada khabar berita dari Sufian. Izyan mula berteka-teki sendiri. Gelisah. Dari pagi pergi ke petang, petang membawa ke malam. Izyan melihat telefon bimbitnya masih begitu. Sunyi. Izyan menanti dan menanti sehingga ke larut malam menjelang pagi. Namun, hampa. Akhirnya, Izyan tertidur sendiri dengan perasaan kecewa.

No comments:

Post a Comment