Pages

Thursday, 20 February 2014

Sketsa hidup








Sebulan kebelakangan ni aku agak sibuk. Sibuk dengan pelbagai aktiviti dan juga sibuk dengan menyiapkan tugasan-tugasan yang sangat banyak untuk tahun akhir ni. Bila sebut pasal tugasan tahun akhir, semester kali ni aku betul-betul tertekan. Macam-macam dugaan aku terima kali ni. Tiba satu masa, menitis juga air mata. Namun, dalam payah aku kuatkan semangat. Kata pada diri, "KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, KENAPA TIDAK DIRI AKU SENDIRI". Kata-kata ni memang dari dulu aku guna untuk bakar semangat diri aku sendiri. Aku suka cabar diri sendiri. Walaupun kadang-kadang aku tahu aku tak mampu untuk lakukan. Tapi bila aku cabar diri aku dan aku berjaya capai matlamat, aku tersenyum dan berkata pada diri, 'kadang-kadang perkara yang kita rasa kita tak mampu buat atau kita tak boleh buat sebenarnya perkara itulah yang membantu kita untuk sampai ke puncak'. Tapi jika sekiranya aku gagal, aku akan pujuk diri dengan berkata, 'tak mengapa, cuba lagi'.



Dugaan demi dugaan, cabaran demi cabaran aku lalui saat ini. Kadang-kadang hampir buat aku putus harapan. Bila saatnya aku rasa demikian, aku akan cari ruang untuk diri aku dengar dan hayati motivasi-motivasi dari pelbagai sumber. Samada media massa, radio, tv, buku atau aku akan hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu. Ternyata memang sangat membantu. Pepatah Melayu ada berkata, 'tuntutlah ilmu walau ke Negeri China'. Selagi hayat di kandung badan, selagi itulah masih ada peluang untuk kita berubah ke arah kebaikan malah jauh lebih baik. Allah tak pernah menjauh dari kita, tapi kitalah yang selalu menjauhkan diri dari-NYA (Allah). 

Aku tau aku tak sempurna. Ada yang bagi tanggapan negatif pada aku bila aku cuba nasihat. Pada aku, aku terima kritikan itu sebagai satu batu loncatan untuk aku terus istiqomah. Aku faham satu perkara. Perkara baik memang selalu ditentang, tapi perkara yang tidak baik selalu disokong. Sama juga dengan sekiranya, 'jika kita melakukan kebaikan yang banyak, sedikit orang akan ingat pada kita, tetapi jika kita melakukan keburukan, ingatan orang pada kita sampai kita mati'. 

Selama aku hidup, aku telah di ajar untuk berdikari. Buat semua benda sendiri. Susah payah macam mana pun aku kena usahakan sendiri. Namun, sejak kebelakangan ni aku tersedar, aku mula rasa bergantung. Aku tak boleh hidup bergantung. Selagi ada daya, aku kena buat sendiri. Jadi, aku bangkit semula untuk berdiri di atas kaki sendiri. Maafkan aku andai ada yang terasa dengan tindakan aku. Bukan ingin berdiam diri, bukan ingin menjauh pergi. Aku cuma tak ingin bergantung harap, andai tiba saatnya harapan tu pergi. Aku akan jatuh kembali. Sebelum perkara tu terjadi, lebih baik aku berhati-hati.

Pengalaman hidup yang aku lalui, sedikit sebanyak telah mengajar aku untuk jadi dewasa dan matang. Belajar daripada kesilapan adalah yang terbaik. Bukan terus buat silap sama seperti kesilapan sebelumnya. Lalui setiap detik kehidupan dengan penuh nikmat. Syukuri nikmat tersebut. Memaafkan dan melupakan. Dua perkara yang berkait rapat. Meskipun sukar namun untuk hidup bahagia dan tenang, memaafkan dan melupakan adalah yang terbaik. Hati sememangnya sudah terhiris dan terluka. Dendam tak mampu menjamin apa-apa, malah akan lebih merosakkan hati. Namun, pada aku, sabar seorang manusia itu ada batasnya. Jangan dicabar tahap kesabaran tu. Takut nanti diri merana. Kerana kemarahan mampu mengundang padah diluar sedar. Aku berharap agar aku kuat untuk atasi semua dengan tenang.

*~ Jadilah seperti air yang mengalir, walaupun beribu batu yang menghalang, air akan tetap berusaha untuk terus mengalir. ~*

No comments:

Post a Comment