Pages

Wednesday, 26 February 2014

Warkah dari seorang teman




........................................

Assalamualaikum....w.b.t.

Sekadar untuk berkongsi bersama.
Saya terima warkah indah ini daripada seorang teman.
Semoga Allah merahmatinya sentiasa.
Warkah ini begitu menyentuh hati saya.
Dalam masa yang sama juga memberi semangat baru pada saya.
Terima kasih.
Sama-samalah kita hayati dan muhasabah diri.
Sejauh mana hubungan kita dengan pencipta kita iaitu ALLAH S.W.T.
Semoga kita dapat keberkatan dari-NYA.
Aamiin.

........................................

Andai ketika ini,
Dirimu tersepit dalam kesulitan,
Yang engkau sendiri tidak tahu bagaimana penyelesaiannya,
Satu perkara yang PERLU kau pegang seteguh mungkin,
YAKIN!!

YAKIN dengan kuasa ALLAH!!
Yakin dengan ketentuan-NYA,
DIA yang telah menciptakan kita,
DIA juga yang mengetahui sejauh mana kita mampu bertahan,
ALLAH tidak akan membebani hamba-hambanya dengan sesuatu di luar kemampuan kita.

........................................

Allah berbicara dengan kita dalam pelbagai cara.

Allah sedang berbicara dengan kita melalui hal yang sedang kita hadapi.
Perit atau sukar,
Mungkin itu satu teguran dari Allah buat kita.

Muhasabah setiap kali ditimpa musibah,
Itu cara terbaik,
Ujian tidak semestinya dalam bentuk kepayahan,
Nikmat juga satu ujian dari Allah.

Dalam menerima musibah perlunya SABAR,
Dalam menerima nikmat perlunya SYUKUR.

........................................

Dekatkan diri dengan ALLAH adalah cara terbaik.

Orang mukmin,
Sentiasa positif dalam setiap hal,
Sentiasa menukarkan sebuah masalah kepada peluang,
Sebuah ujian sebagai ruang membetulkan diri dan sahsiah serta hubungan dengan Allah.

........................................

Ingatkan saya saat saya terlupa,
Kerana saya juga manusia biasa.

Wallahu 'alam.


Monday, 24 February 2014

Pelangi Petang




PELANGI PETANG by SUDIRMAN

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...



Friday, 21 February 2014

Berserah



Bila saatnya aku merasa lelah dengan hidupku, rasa seperti segalanya sudah hilang dari sisiku, rasa seakan-akan mahu berhenti berharap, rasa semahunya putus harapan, aku mengerti, Allah sentiasa disisi. Tidak pernah sekali-kali DIA tinggalkan aku sendiri. Sinaran cahaya mengiringi langkahku, menerangi gelapku, menemani malamku. Bila kita mengerti hikmah disebaliknya. Kita pasti akan tersenyum dan bersyukur.


*~ Fahamilah : "Allah takkan bagi apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu". ~*




Meniti Perjalanan : EP 1




Saat Izyan sedang sedih ketika itu, hadir seorang insan bernama Sufian. Perkenalan antara Izyan dan Sufian memang tidak diduga. Pertemuan yang tidak sengaja asalnya, telah menjadikan mereka kawan. Pada mulanya, Izyan agak berat untuk menerima salam perkenalan tersebut. Izyan sudah serik untuk berkawan kerana sering disakiti dan dikhianati. Namun, atas nasihat dari Suhada, kawan yang agak rapat dengan Izyan, Izyan menerima untuk berkawan. Walaupun Izyan menerima Sufian sebagai kawan, namun, terdetik di dalam hati Izyan ketika itu, biarlah perkenalan mereka hanya mula dan tamat disitu sahaja.





Thursday, 20 February 2014

Sketsa hidup








Sebulan kebelakangan ni aku agak sibuk. Sibuk dengan pelbagai aktiviti dan juga sibuk dengan menyiapkan tugasan-tugasan yang sangat banyak untuk tahun akhir ni. Bila sebut pasal tugasan tahun akhir, semester kali ni aku betul-betul tertekan. Macam-macam dugaan aku terima kali ni. Tiba satu masa, menitis juga air mata. Namun, dalam payah aku kuatkan semangat. Kata pada diri, "KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, KENAPA TIDAK DIRI AKU SENDIRI". Kata-kata ni memang dari dulu aku guna untuk bakar semangat diri aku sendiri. Aku suka cabar diri sendiri. Walaupun kadang-kadang aku tahu aku tak mampu untuk lakukan. Tapi bila aku cabar diri aku dan aku berjaya capai matlamat, aku tersenyum dan berkata pada diri, 'kadang-kadang perkara yang kita rasa kita tak mampu buat atau kita tak boleh buat sebenarnya perkara itulah yang membantu kita untuk sampai ke puncak'. Tapi jika sekiranya aku gagal, aku akan pujuk diri dengan berkata, 'tak mengapa, cuba lagi'.