Setelah beberapa lama tinggalkan blog ini, hari ini ku mula menulis kembali. Sedang asyik menyibukkan diri dengan aktiviti tersendiri, terdetik di hatiku ini untuk berkarya. Pelbagai kisah yg bermain di fikiran untuk dikongsikan bersama, namun masa tidak mengizinkan.
Tajuk yg dipilih ialah SEPI ITU INDAH. Kenapa sepi itu indah?? Mesti ada yg tertanya-tanya kan??
Sepi itu indah disebabkan oleh adakalanya kita memerlukan masa serta ruang untuk diri kita sendiri. Selain dari muhasabah diri, kadangkala sendiri lebih baik dari berteman. Teman yg hadir disekeliling kita mungkin sekadar teman tapi mesra, teman ketawa, teman penghibur, tetapi amatlah sukar untuk hadir seorang teman dikala duka.
Sepi bukan bermakna mengaku kalah. Sepi bukanlah terus menyerah. Tetapi diriku menyepi hanya sekadar memberi ruang pada diri sendiri untuk kembalikan semangat yg telah hilang.
Di saat hadirnya pelbagai ujian dan dugaan terhadap diriku. Baru ku sedar tentang sesuatu. Amat perit dan sakit ku rasakan. Rasa yg tak dapat ku gambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja mengerti segala derita. Dan hanya pada DIA-lah (Allah) ku berserah.
Terima kasih pada orang-orang yg ada dekat denganku di saat diriku jatuh buat kali kedua. Kali ini diriku agak kuat berbanding dulu. Bukan ingin meminta simpati, cuma ku inginkan kata-kata semangat. Namun begitu, ku faham. Tersangat faham. Di atas kata-kata, senyuman sinis. Seolah-olah mengejek. Hati ku tersentuh. Namun, ku telan jua. Sehingga ke hari ini, hatiku sungguh terkilan dan kecewa. Ku semakin kenal siapa kawan dan siapa lawan.
Diriku sudah biasa sendiri. Ku tak kisah kalau sekali lagi ku sendiri. Tak perlu teman pn ku masih lagi boleh berdikari. Apa yg penting bagiku hanyalah keluarga ku. Doa dari ibuku. Namun, ku tak pernah lupa jasa mereka yg ada di sisiku. Terima kasih.
Indah nya sepi hanya mampu diluah di dalam hati. Indah nya sepi mampu mengenali diri. Indah nya sepi hanya diri sendiri mengerti. Bagiku, sepi itu indah. Tenangkan hati tanpa rasa berkecil hati. Tenangkan jiwa tanpa ada rasa kecewa. Tenangkan diri dengan cara tersendiri.
Nasihat ku, buat diriku sendiri khususnya. Semakin kuat kita cuba untuk mengenal Allah, semakin kuat kita akan di uji. Ujian itu tidaklah akan terkeluar dari tahap kemampuan kita, kerana Allah tidak akan membebankan kita. Allah tahu tahap kemampuan kita. Allah mengetahui segala-galanya. Kadangkala kita merasakan bahawa kita sudah merancang segalanya dengan baik, namun kita lupa, bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang buat kita.
Bagiku, ku tak takut sekiranya hilang kawan. Hilang kasih sayang manusia. Namun, ku amatlah takut sekiranya hilang kasih sayang Allah. Biarpun tiada kawan di sisi untuk ku meluah rasa, namun, ku masih ada Allah yg sentiasa mendengar dan membantu. Allah tak pernah jauh dariku. Cuma ada masa ku tersasar dan menjauh dari-NYA. Mungkin apa yg ku lalui hanyalah sekadar peringatan buatku supaya terus mendekat dengan-NYA.
Iman sepi yerrr :p
ReplyDeletemnyepi seketika je ;)
ReplyDelete;)
Delete