Petang ni sangat dingin kerana hujan turun renyai-renyai. Sedang aku duduk di ruang tamu, tiba - tiba emakku bersuara. Emakku bertanyakan sesuatu padaku. Ini kali kedua soalan yang sama aku terima. 'Apa yang harus aku jawab?' aku bertanya sendiri dalam hati. Diam. Aku terus memandang ke luar rumah melihat hujan yang turun. Setitis demi setitis. Dingin. Air hujan mengalir dengan perlahan sepertinya "airmata" yang mengalir di dalam hati ini. Hanya Allah saja yang mengerti.
Kenapa bila soalan yang aku terima ini membuatkan aku rasa sayu, sedih dan terselit jua sedikit rasa kecewa?? Aku keliru. Hati aku mula sangsi. Airmata rasa mahu menitis ketika ini, tapi aku tahankan, kerana aku tak mahu emak melihat aku menangis. Aku dah penat. Penat untuk menangis.
Aku nekad untuk membiarkan rasa ini pergi walaupun hakikatnya aku sudah mula rasa sesuatu. Rasa yang mungkin akan membunuhku. Rasa yang selalu mengganggu aku. Aku dah penat untuk fikirkan. Fikiranku mula kacau. Bermacam soalan yang terbuku. Pelbagai persoalan yang tiada jawapan. Aku mula tidak keruan.
Di dalam sujudku, aku berdoa agar aku diberikan petunjuk. Petunjuk yang pasti agar aku tiada rasa sangsi lagi. Aku sangat yakin pada ketentuan Illahi. Dalam tak sedar, airmata ku menitis juga. Tanpa ku minta, tanpa ku duga. Jauh disudut hatiku sangat berharap agar ku temui jawapan. Jawapan yang pasti. Sangat pasti.
No comments:
Post a Comment