Pages

Friday, 25 October 2013

Bell's Palsy

Bell's Palsy ??? Apa itu Bell's Palsy?? Nama kucing ke?? Mungkin ada yg pelik & ada yg sedang jawab dalam hati barangkali (sambil tersenyum)..Bell's Palsy ini adalah salah satu penyakit..ha???betul ke??(ada yg tertanya-tanya sambil garu kepala)..Ramai yg ketawa & tak percaya bila saya sebut tentang penyakit ini..(senyum lagi)...










Palsi Bell (Inggeris: Bell's palsy) ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Ia selalunya bersifat sementara. Beberapa keadaan boleh menyebabkan kelumpuhan muka seperti barah otakstrok danpenyakit Lyme. Tetapi jika tiada sebab dapat dikenal pasti, keadaan ini dikenali dengan nama Bell's Palsy.  Penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi dari Scotland bernama Charles Bell yang pertama kali menemuinya.



Bell's Palsy ialah satu bentuk penyakit yang berkaitan dengan kerosakan saraf. Ia boleh didapati dalam 2 di antara 10,000 orang. Bell's Palsy melibatkan kerosakan dalam saraf muka ke-7. Sebabnya tidak jelas walaupun mungkin boleh jadi disebabkan jangkitan herpes.






Gejala penyakit ini selalunya bermula secara tiba-tiba, daripada biasa kepada teruk. Gejala-gejala ini termasuk:

  • perubahan dan luahan muka (contohnya menggerenyot muka)
  • kesukaran ketika makan dan minum
  • melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
  • kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
  • mata atau mulut yang kering
  • rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
  • kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata
  • sakit kepala
  • kehilangan deria rasa
  • sakit di belakang atau di depan telinga
  • kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit
  • gerenyetan di muka
  • rasa lemah di muka


Dalam banyak kes, tiada rawatan diperlukan. Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan gejala.

Ubat kortikosteroid atau antiviral mungkin boleh mengurangkan bengkak dan mengurangkan tekanan pada saraf muka. Pesakit mesti mengambil ubat ini pada awal waktu (seboleh-bolehnya dalam masa 24 jam apabila gejala bermula) untuk lebih berkesan. Tetapi tidak ada kajian yang diterbitkan yang menunjukkan ubat antiviral boleh mempercepatkan proses pemulihan daripada Bell's Palsy.

Pembedahan untuk melegakan tekanan ke atas saraf masih kontroversi dan belum menunjukkan memberi faedah kepada pesakit Bell's Palsy.


Kategori penyakit ini ialah penyakit saraf.

No comments:

Post a Comment