Pernahkah anda mempunyai kenalan dengan badan berbau?? Mahu ditegur risau pula dia berjauh hati. Masalah bau badan bukan sesuatu yang harus di pandang remeh. Ia sebenarnya sejenis penyakit. Kebanyakan lelaki yang aktif bersukan atau mempunyai badan yang gemuk berpotensi untuk mendapat penyakit ini. Masalah bau badan dikenali sebagai hiperhidrosis. Hiperhidrosis merupakan musuh utama lelaki.
Ceritera tentang peluh
Beberapa kajian telah menunjukkan kira-kira 2.5 peratus populasi masyarakat dalam suatu kawasan menghidap hiperhidrosis. Lebih separuh daripada jumlah itu melibatkan penghidap lelaki. Salah satu faktor yang menjadi punca kepada penyakit ini adalah peluh yang berlebihan. Peluh secara normalnya tidak mempunyai bau yang terlalu kuat tetapi berlainan pula dengan penghidap hiperhidrosis. Selain berpeluh dengan banyak, ia juga disertai dengan bau yang kurang menyenangkan.
Seorang lelaki dewasa mempunyai lebih kurang 5juta kelenjar peluh. Tahukah anda, kelenjar peluh banyak terdapat pada bahagian dahi, tangan dan kaki. Manakala bahagian bawah lengan pula mempunyai kelenjar peluh terbanyak. Ketiak berbau kerana peluh di sini tidak mudah tersejat seperti bahagian tubuh lain yang terdedah. Lebih teruk lagi jika bulu ketiak panjang dan lebat, ia akan menyebabkan peluh berkumpul dan menjadi punca badan berbau.

Punca kejadian peluh
Bau badan terjadi kerana pertumbuhan bakteria pada kulit badan. Terdapat dua jenis kelenjar peluh iaitu eccrine (kelenjar peluh bahagian luar) dan apocrine (kelenjar peluh bahagian dalam). Apabila kedua-dua kelenjar ini bertindak balas dengan bahan toksin bakteria, ia akan menyebabkan kewujudan bau busuk.
Lelaki yang aktif bersukan akan berpeluh dengan banyak. Tidak hairanlah mengapa kebanyakan mereka mempunyai masalah bau badan. Berbeza pula dengan lelaki yang berbadan besar, kesukaran untuk membersihkan sesetengan bahagian badan tertentu menjadi punca mengapa badan berbau kurang menyenangkan. Stress juga boleh menggalakkan penghasilan peluh.
Pengambilan beberapa jenis makanan tertentu boleh menyebabkan bau badan. Petai dan bawang putih misalnya berpotensi untuk meninggalkan bau pada badan dalam tempoh 24jam selepas dimakan. Selain itu, makanan berempah juga boleh menyebabkan bau badan. Perokok juga tidak terlepas menjadi potensi untuk mempunyai bau badan.
Cara mengatasi masalah hiperhidrosis
1. Gunakan deodoran dengan lebih kerap. Pilih deodoran dengan bahan antipeluh kerana ia akan membantu untuk mengawal aliran peluh pada ketiak dan mengelakkan badan daripada berbau.
2. Bersihkan bahagian badan yang berbau dengan lebih kerap. Untuk wangian semulajadi, gunakan limau kasturi.
3. Cukur ketiak anda selang tiga atau empat hari sekali dan pilih krim mandian, deodoran, dan bedak yang mempunyai bahan antipeluh.
4. Elakkan memakai pakaian yang sama berulangkali. Sebaik-baiknya tukarlah pakaian anda secara kerap jika anda mempunyai masalah bau badan.
5. Kerap untuk mandi. Kerana bau peluh tidak akan tertanggal hanya dengan memakai pewangi badan. Contohnya untuk mandian, gunakan sabun mandian dettol bagi menghapus bakteria.
6. Anda boleh mendapatkan suntikan hormon untuk mengatasi masalah ini.
7. Anda juga boleh menjalani pembedahan singkat iaitu endoscopic thoratic sympathectomy. Ia adalah proses yang menghalang isyarat saraf daripada mengeluarkan peluh.
Seperti saya sendiri, saya menggunakan limau kasturi untuk wangian tambahan saya ketika mandi dan ianya sangat berkesan. Jangan gunakan setiap hari kerana ianya boleh menghakis. Gunakan dua minggu sekali atau sebulan sekali. Sekiranya anda mempunyai masalah bau badan yang keterlaluan, gunakan seminggu sekali pada awal penggunaan. InsyaAllah bau akan hilang.
SELAMAT MENCUBA!!!
Saya terbaca tentang artikel ini...........
Dalam majalah RAPI edisi 1 Ogos 2013.
Di dalam laman Lelaki Sihat.
Susunan : Emy Haznida Hazairul Sham.
Mukasurat : 72 - 73.
No comments:
Post a Comment