Cerita MENITI PERJALANAN ini ditulis oleh Nami_Nimps berdasarkan kisah benar yang telah di olah jalan ceritanya. Ia mengisahkan perjalanan seorang gadis bernama Izyan Haryati (bukan nama sebenar) menempuh liku-liku kehidupan yang penuh cabaran. Perwatakannya berubah setelah berlaku satu peristiwa. Apakah beliau mampu untuk terus 'berjalan' setelah ujian demi ujian datang menimpa?? Ikuti kisah Izyan dalam novel MENITI PERJALANAN.
Tik tok tik tok. Jarum jam di dinding berdetik tanpa henti. Sedang Izyan pula hanya termenung di sofa ruang tamu rumahnya. Mata Izyan merenung ke siling tapi fikirannya mengelamun entah ke mana.
Tiba - tiba.......
"Izyan, kau free tak petang ni?" jerit Afzan, kawan perempuan yang agak rapat dengan Izyan ketika itu. "Free, kenapa?" jawab Izyan sambil bersoal kembali. "Aku nak ajak kau pergi sungai petang ni. Dah lama kita tak mandi sungai kan? " balas Afzan. "Boleh jugak." jawab Izyan ringkas.
Akhirnya kata sepakat telah ditetapkan. Mereka akan berjumpa di satu tempat sebelum bertolak bersama-sama ke sungai yang dijanjikan. Kebiasaannya, mereka hanya pergi dengan berjalan kaki sahaja, kali ini mereka akan pergi dengan menaiki basikal. Kata Afzan, lebih seronok sebab dapat menikmati keindahan alam. Izyan yang tanpa syak wasangka hanya angguk setuju.
Petang itu, mereka pun bertemu seperti yang dijanjikan. Sambil kaki mengayuh basikal, mulut mereka juga tidak berhenti untuk bercerita dan ketawa riang di sepanjang jalan. Dengan telatah Izyan yang suka mengusik dan ceria itu, lagi menggamatkan suasana. Walaupun ketika itu hanya mereka berdua.
Perjalanan kali ini agak jauh disebabkan permintaan Afzan yang ingin berbasikal pagi tadi. Mereka terpaksa untuk pusing arah jalan yang lain untuk masuk ke kawasan sungai tersebut. Setelah lama mereka mengayuh basikal, akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju.
Dengan rasa seronoknya mereka terus turun ke sungai dan berjalan kaki pula untuk ke kawasan air yang dalam. Sambil berjalan, mereka terus bercerita dan ketawa lagi. Petang itu agak sunyi kerana di situ tiada pengunjung yang datang. Hanya mereka berdua. Ditemani bunyi air yang mengalir serta binatang kecil seperti cengkerik di situ, tiba-tiba, Izyan seperti terdengar bunyi sesuatu yang lain. Mata yang tadinya tertumpu kepada sungai terus menoleh ke arah bunyi tersebut. Bunyi itu datangnya daripada kawasan semak dibahagian atas sungai yang mereka lalui. Kelihatan seperti kelibat manusia.
Lantas Izyan bertanya kepada Afzan, "Zan, kau dengar tak tadi ada bunyi?". Lalu Afzan menjawab, "tak dengar pun. Mungkin binatang melintas kot" jawab Afzan bersahaja. Izyan merasa tidak senang dengan jawapan tersebut lalu bertanya lagi, "tak mungkin la, aku nampak macam ada orang kat atas tu" sambil menunjuk ke arah yang dimaksudkan. Afzan melihat ke arah yang ditunjukkan, sambil berkata "takde apelah, mungkin binatang tu, anjing agaknya" jawab Afzan dengan selamba. Tempat itu sememangnya ada anjing yang berkeliaran, jadi tidak hairanlah kalau terjumpa. Anjing-anjing itu milik seorang lelaki Cina yang tinggal berdekatan sungai tersebut.
Mereka meneruskan perjalanan tetapi dalam masa yang sama, hati Izyan tidak keruan. Izyan yang pada awalnya tadi ceria terus sepi. Hati Izyan merasa seperti ada yang tidak kena. Namun, Izyan cuba untuk menangkis perasaan tersebut. Mata Izyan masih lagi memandang ke kawasan semak itu. 'Manalah tau kalau ada lagi makhluk tadi' kata Izyan dalam hati.
Sesampainya mereka di tempat yang diinginkan, kedua-dua mereka tanpa menunggu lama terus masuk ke dalam kawasan air sungai yang dalam tersebut (dalamnya hanya paras bahu sahaja). Mereka mandi dengan penuh asyik serta bergurau senda hingga terlupa tentang kewujudan makhluk misteri tadi. Sedang asyik bermandi-manda, terdengar suara orang ketawa. Suara lelaki. Kali ini bukan satu suara yang didengar.
Dengan tiba-tiba, datang beberapa orang lelaki menghampiri mereka berdua sambil ketawa. Izyan yang ketika itu sedang duduk di atas batu kerana kesejukkan terus berdiri manakala Afzan yang sedang berada di dalam air hanya memandang. Izyan memberi isyarat kepada Afzan agar segera beransur pulang. Mereka berjalan perlahan-lahan untuk melintasi tempat lelaki-lelaki itu berdiri. Malangnya, tangan Izyan disambar oleh salah seorang lelaki tersebut yang saiz badannya agak kurus. Izyan cuba untuk melepaskan diri. Tapi, lelaki tersebut terus menolak Izyan ke arah rakannya yang satu lagi. Kali ini, kedua-dua lengan Izyan dipegang oleh lelaki yang agak besar sikit badannya. Sukar bagi Izyan untuk melepaskan diri kerana Izyan hanya berbadan kecil. Namun, sifat Izyan yang semulajadi enggan mengaku kalah cuba berulang kali untuk melepaskan diri. Ketika sedang Izyan cuba untuk melepaskan diri, rakan lelaki tersebut yang kira-kira tujuh orang semuanya hanya ketawa melihat Izyan. Afzan yang sedari tadi hanya memandang ke arah Izyan tanpa melakukan apa-apa tindakan.
"Korang nak apa?" tanya Izyan berani dengan tiba-tiba. Lelaki itu hanya tersenyum nakal. "Lepaskan aku" arah Izyan lagi. Lalu lelaki tersebut menjawab, "kita baru nak bermesra sayang" bisik lelaki tersebut ke telinga Izyan sambil cuba untuk memeluk. Ketika itulah Izyan mengambil peluang untuk melepaskan diri dengan menepis tangan lelaki tersebut dan terus berlari. Sambil Izyan berlari, Izyan sempat mengarahkan supaya Afzan juga turut lari dari situ, tapi, Afzan hanya berdiri kaku dan memandang sahaja. Izyan mula berasa pelik dengan tingkah laku Afzan.
Pada masa yang sama, lelaki tersebut cuba mengejar dan menangkap Izyan semula. Izyan terus berlari dan berlari tanpa memandang kebelakang lagi. Izyan merupakan salah seorang pelari pecut di sekolahnya. Jadi, tidak hairanlah jika langkahnya berlari cukup laju. Dengan saiz badannya yang agak kecil membuatkan dia bertambah ringan jika berlari.
Izyan terus mencapai basikalnya dan terus mengayuh laju. Sambil mengayuh basikal itu, Izyan terfikirkan Afzan. Tiba-tiba airmata Izyan menitis tanpa diminta. 'Apakah ini Afzan yang menjadi punca? Kenapa aku yang menjadi mangsa?' Izyan bersoal di dalam hati. Kini, Izyan sudah sampai di perkarangan rumahnya. Airmata Izyan masih lagi mengalir deras seperti derasnya air sungai yang mengalir. Izyan masih lagi berteka-teki di dalam hati, 'Kenapa?Kenapa?Kenapa?'. Namun, tiada jawapan. Izyan cuba untuk menahan airmata daripada mengalir sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Takut nanti emaknya akan perasan. Izyan terus mencapai tuala dan terus masuk ke bilik air untuk mandi. Di dalam bilik air tersebut, Izyan terus menangis dan menangis.
Keesokkan harinya, ketika waktu persekolahan, Izyan terserempak dengan Afzan. Izyan bertanya, "kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku kat kau? Siapa diorang semua tu?". Afzan hanya menundukkan kepala. Tiada jawapan. "Kau tau tak apa kau buat ni?" Marah Izyan pada Afzan. Afzan masih lagi terdiam kaku tanpa suara. "Kenapa aku yang kau nak jadikan mangsa? Apa semua ni Zan?" soalan demi soalan keluar dari mulut Izyan. Kali ini suara Izyan makin tinggi. Nafasnya turun naik menahan marah. Muka Izyan sudah bertukar merah. Matanya tepat memandang Afzan tanpa berkelip. Afzan hanya seperti tadi, tunduk, diam dan kali ini terlihat airmata Afzan menitis. "Aku takkan maafkan kau kalau apa-apa terjadi pada aku Zan!!!" keras suara Izyan. Afzan mula bersuara, "maafkan aku Izyan, aku terpaksa" makin kuat Afzan menangis. "Tapi kenapa??Kenapa aku??" jerit Izyan. "Aku anggap kau kawan aku, yang rapat dengan aku, aku tak pernah terfikir pun nak khianat kau atau tikam belakang kau, tapi kenapa kau sanggup buat aku macam ni?? Kenapa??" kata Izyan dengan panjang lebar. "Sudahlah Afzan, mulai hari ni aku dah taknak tengok muka kau lagi, aku taknak tau apa-apa pun pasal kau, dan kau jangan cari aku lagi." kata Izyan lagi dan berlalu pergi. Afzan masih kaku, tunduk dan masih lagi menangis dengan teresak-esak sambil mata melirik ke arah Izyan yang telah jauh berlalu pergi.
Beberapa hari kemudian, ketika Izyan melewati bilik Pengetua Sekolah, kelihatan Afzan dan beberapa orang lelaki di dalamnya. Wajah lelaki-lelaki tersebut seperti pernah dilihat. Izyan bersoal di dalam hati. Baru Izyan sedar wajah yang sama yang mengganggunya di sungai tempoh hari. Guru disiplin serta dua orang Guru lain turut berada di dalam bilik tersebut. Izyan hanya berlalu pergi untuk masuk ke kelas.
Selang beberapa minit datang seorang pengawas sekolah masuk ke kelas. Izyan dipanggil oleh Pengetua ke biliknya. Hati Izyan berdebar-debar. 'Kenapa aku dipanggil?' Izyan bersoal di dalam hati.
Setibanya di bilik Pengetua, terlihat ada anggota polis duduk berhadapan dengan Pengetua. Pengetua mengarahkan aku untuk mengambil kerusi dan duduk di sebelah kiri mejanya. Setelah soal jawab dan penjelasan yang aku terima daripada Pengetua dan pegawai polis tersebut, baru aku tau yang Pengetua telah menerima laporan daripada seorang murid di sekolah berkaitan dengan sikap Afzan dan lelaki-lelaki itu. Mereka ini terlibat dengan dadah, rogol dan pelbagai aktiviti sosial yang tidak bermoral. Aku hampir-hampir menjadi mangsa kepada mereka. Dalam pada aku masih lagi takut dengan peristiwa itu, aku bersyukur kerana berjaya menyelamatkan diri.
Kringgggggggggg!!! Izyan terbangun duduk. Beristighfar seketika. "Rupanya mimpi" kata Izyan. Sambil mengusap-usap mukanya lembut, Izyan tersenyum sendiri. 'Kenapalah aku teringatkan kisah zaman kanak-kanak dulu ni' Izyan berkata dalam hati. Lantas Izyan terus melihat ke jam dindingnya. Jam menunjukkan sudah hampir pukul 2 petang. Izyan lalu bingkas bangun dan masuk ke bilik air. Selepas itu dia terus menunaikan solat zuhur.
No comments:
Post a Comment