Pages

Saturday, 26 October 2013

Melatah

Sinonim dengan masyarakat Melayu, melatah ialah satu perkara biasa yg sering kali kita lihat sebagai satu adegan yg menghiburkan..saya terdetik utk berkongsi tentang isu melatah ini kerana pernah mempunyai seorang kawan (A) yg agak "kronik" latahnya..ketika itu kami masih d bangku sekolah lagi..usikan demi usikan daripada teman-teman membuatkan A melatah dgn penuh aksi seperti wanita tua melatah lagaknya..kesian A sampai penat d buatnya..kata orang tua-tua, latah ini boleh "berjangkit"..betul ke??mungkin ya dan mungkin tidak..jadinya d sebabkan usikan itu saya juga turut serta menjadi pelatah..hahaha (ketawa sendiri)..mungkin terikut-ikut dgn latah drp si A..tapi saya tidaklah kronik..cuma ketika terperanjat saja..hehe (sambil tersenyum)..


tapi..



Sedarkah kita bahawa latah sebenarnya adalah sejenis penyakit, khususnya jika gejala itu berlaku dalam keadaan yang keterlaluan, sering kali berlaku dan sukar dikawal oleh penghidapnya.










Pakar percaya latah adalah satu kebiasaan yang kaitan rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosiol.


MASYARAKAT kita terutama kaum Melayu sememangnya cukup sinonim dengan melatah terutama golongan berumur. Menghibur dan mencuit hati. Mungkin itulah gambaran paling tepat bagi menggambarkan gelagat mereka yang melatah ini. Jika diperhatikan, apabila seseorang melatah, dia seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang dilakukan. Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik. 



Selain yang sudah berusia dan dianggap nyanyuk, latah juga sering dikaitkan dengan wanita berusia. Hinggakan, sesuatu majlis keraian bagaikan kurang seri tanpa mereka yang melatah ini.



Pakar Psikologi, Dr William S Buroughs, menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita. 



Bagaimanapun, bukan wanita saja yang dikaitkan dengan melatah, lelaki juga apa kurangnya. Ada juga lelaki yang melatah dan kadang kala latah mereka lebih teruk daripada wanita. 



Di Indonesia, gangguan latah berkembang pada suku-suku di Pulau Jawa, Sumatera dan pedalaman Kalimantan. Latah juga ditemui di beberapa wilayah Asia lain seperti pada masyarakat suku Ainu di Jepun dan masyarakat gurun di Gobi iaitu sempadan antara China dan Mongolia. Di Eropah, latah ditemui pada suku masyarakat Perancis. Sebenarnya latah tidak hanya berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Latah juga terdapat dalam budaya orang India dan orang Eskimo. Tingkah-laku 'latah' ini bermula semenjak budaya 'berkutu' zaman dahulu. Sewaktu berkutu, wanita-wanita akan duduk berbaris dan saling mencari kutu di rambut orang di hadapan. Sewaktu mencari kutu itulah mereka saling usik-mengusik untuk menghiburkan hati. Begitu juga dengan budaya orang Eskimo. Mereka juga tidak terkecuali dengan sindrom ini yang dikenali sebagai piblokto.



Disebabkan latah boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan, masyarakat lain selalu menganggap latah sebagai penyakit seperti skizofrenia. Namun, jika dibandingkan dengan penyakit mental seperti itu, latah tidak pernah menjadi stigma kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang melatah. Malahan, latah menjadi perhatian ramai dan sangat menghiburkan. Sungguhpun latah dianggap menghiburkan, melatah juga boleh memudaratkan seseorang individu itu kerana pergerakan fizikal yang keterlaluan. Individu yang melatah itu boleh merasa lelah dan mengah sehingga boleh membahayakan diri.







Dewasa ini, 'latah' boleh membawa makna yang lain iaitu perbuatan seseorang yang cepat terasa dan menjadi marah apabila dirinya 'dijolok' dengan cerita yang membabitkan maruah dirinya. Melatah masih ada dalam masyarakat Melayu biarpun makin berkurangan.



Yang penting, janganlah kita jadikan latah sebagai suatu penyakit hati pula.








Individu yang melatah boleh merawat latah dengan perbanyakkan zikir, membaca Al-Qur'an dan juga selawat.

No comments:

Post a Comment