Perjalanan hidup sama seperti air yg mengalir..kita tak tahu ke mana akan perginya air tersebut..bagaimana perjalanan air itu..apakah yg d lalui nya dan bagaimanakah pengakhiran air tersebut..
Kehidupan ini sukar d duga..adakalanya kita merasa senang dan adakalanya kita akan merasa sengsara..kadangkala dgn permulaan hidup yg baik kita merasakan bahawa akan baik jugalah pengakhiran perjalanan tersebut..tapi..apa yg d sangkakan "panas hingga ke petang, rupanya hujan d tengah hari"..
Bila keadaan seperti ini terjadi..kita mulalah persoalkan kenapa??mengapa??dan bagaimana??
Kita terlupa d saatnya kita senang kita tidak pernah mensyukurinya sehinggalah Allah memberi ujian kepada kita..ujian ini adalah sekadar peringatan untuk mengingatkan kita bahawa Allah menginginkan kita supaya sujud kepadanya dan bersyukur dgn nikmat kurniaan-Nya..
Namun, kadangkala ujian yg kita terima setiap kali bangun dan jatuh berkali-kali adalah kerana Allah sayangkan kita..Dia inginkan kita selalu dekat kepada-Nya..sujud, nangis, mengadu, bercakap, minta dan lain-lain lg daripada-Nya..Allah rindu utk mendengar suara kita..tapi..rindukah kita kepada Allah????tepuk dada tanya iman..
Air itu indah..seperti indahnya kehidupan..
Namun..terkadang hati merasa seperti sengsara tiap masa..bersabarlah..mungkin perkataan "sabar" itu mudah utk d sebut tetapi sangat sukar utk d lakukan..bergantunglah kamu kepada Allah, maka Allah akan permudahkan..
Laluilah hari-hari mu dengan senyuman yg paling manis..meskipun dalam hati kamu menangis sedih..itu yg akan dapat menguatkan kamu..percayalah..
Balik kepada simbol Air tadi, jika kita lihat..nampak sungguh cantik, sungguh indah, sungguh tenang d pandangan..adakah kita nampak apa yg berada d sebalik air tersebut??yg tersirat???tidak bukan??air itu perlu melalui jalan sempit, berliku, berbatu, berombak dsb..tapi air itu tetap mengalir..mengalir..mengalir dan mengalir..hingga ke penghujungnya..tanpa henti..

Sekadar berkongsi..senyum-senyum selalu (^,^)
No comments:
Post a Comment