Petang ni sangat dingin kerana hujan turun renyai-renyai. Sedang aku duduk di ruang tamu, tiba - tiba emakku bersuara. Emakku bertanyakan sesuatu padaku. Ini kali kedua soalan yang sama aku terima. 'Apa yang harus aku jawab?' aku bertanya sendiri dalam hati. Diam. Aku terus memandang ke luar rumah melihat hujan yang turun. Setitis demi setitis. Dingin. Air hujan mengalir dengan perlahan sepertinya "airmata" yang mengalir di dalam hati ini. Hanya Allah saja yang mengerti.
Wednesday, 30 October 2013
Tuesday, 29 October 2013
Meniti Perjalanan
Cerita MENITI PERJALANAN ini ditulis oleh Nami_Nimps berdasarkan kisah benar yang telah di olah jalan ceritanya. Ia mengisahkan perjalanan seorang gadis bernama Izyan Haryati (bukan nama sebenar) menempuh liku-liku kehidupan yang penuh cabaran. Perwatakannya berubah setelah berlaku satu peristiwa. Apakah beliau mampu untuk terus 'berjalan' setelah ujian demi ujian datang menimpa?? Ikuti kisah Izyan dalam novel MENITI PERJALANAN.
Monday, 28 October 2013
Hiperhidrosis
Pernahkah anda mempunyai kenalan dengan badan berbau?? Mahu ditegur risau pula dia berjauh hati. Masalah bau badan bukan sesuatu yang harus di pandang remeh. Ia sebenarnya sejenis penyakit. Kebanyakan lelaki yang aktif bersukan atau mempunyai badan yang gemuk berpotensi untuk mendapat penyakit ini. Masalah bau badan dikenali sebagai hiperhidrosis. Hiperhidrosis merupakan musuh utama lelaki.
Saturday, 26 October 2013
Melatah
Sinonim dengan masyarakat Melayu, melatah ialah satu perkara biasa yg sering kali kita lihat sebagai satu adegan yg menghiburkan..saya terdetik utk berkongsi tentang isu melatah ini kerana pernah mempunyai seorang kawan (A) yg agak "kronik" latahnya..ketika itu kami masih d bangku sekolah lagi..usikan demi usikan daripada teman-teman membuatkan A melatah dgn penuh aksi seperti wanita tua melatah lagaknya..kesian A sampai penat d buatnya..kata orang tua-tua, latah ini boleh "berjangkit"..betul ke??mungkin ya dan mungkin tidak..jadinya d sebabkan usikan itu saya juga turut serta menjadi pelatah..hahaha (ketawa sendiri)..mungkin terikut-ikut dgn latah drp si A..tapi saya tidaklah kronik..cuma ketika terperanjat saja..hehe (sambil tersenyum)..
tapi..
Sedarkah kita bahawa latah sebenarnya adalah sejenis penyakit, khususnya jika gejala itu berlaku dalam keadaan yang keterlaluan, sering kali berlaku dan sukar dikawal oleh penghidapnya.
Friday, 25 October 2013
Bell's Palsy
Bell's Palsy ??? Apa itu Bell's Palsy?? Nama kucing
ke?? Mungkin ada yg pelik & ada yg sedang jawab dalam hati barangkali
(sambil tersenyum)..Bell's Palsy ini adalah salah satu penyakit..ha???betul
ke??(ada yg tertanya-tanya sambil garu kepala)..Ramai yg ketawa & tak
percaya bila saya sebut tentang penyakit ini..(senyum lagi)...
Thursday, 24 October 2013
Air vs Hidup
Perjalanan hidup sama seperti air yg mengalir..kita tak tahu ke mana akan perginya air tersebut..bagaimana perjalanan air itu..apakah yg d lalui nya dan bagaimanakah pengakhiran air tersebut..
Kehidupan ini sukar d duga..adakalanya kita merasa senang dan adakalanya kita akan merasa sengsara..kadangkala dgn permulaan hidup yg baik kita merasakan bahawa akan baik jugalah pengakhiran perjalanan tersebut..tapi..apa yg d sangkakan "panas hingga ke petang, rupanya hujan d tengah hari"..
Bila keadaan seperti ini terjadi..kita mulalah persoalkan kenapa??mengapa??dan bagaimana??
Pengenalan diri
Nokhtah pena Nami terhasil di sebabkan saya minat menulis..tetapi penulisan saya sebelum ni terbatas kerana saya hanya ada laman sosial mukabuku atau dikenali sebagai 'facebook' / fb sahaja..faham-faham sajalah kenapa kan??
Mesti ade yg pelik kenapa nama Nami..Nama sebenar Nami adalah Iman..Ejaan Iman tu di terbalikkan maka jadilah Nami..terpulang lah nak panggil Nami @ Iman (^,^) ..saya ok je..
Blog ini adalah permulaan bagi saya untuk mulakan penulisan..harap mendapat sokongan & tunjuk ajar daripada semua pengguna-pengguna blog yang lain..
Sekian dari saya..
Subscribe to:
Posts (Atom)